PAJSK dan Kepentingannya

Apakah itu PAJSK?

Istilah PAJSK ialah singkatan bagi entaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum. PAJSK adalah skim penilaian piawai bagi kokurikulum tambahan untuk sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM). Sebelum ini, sekolah-sekolah mempunyai cara yang berbeza dalam menilai aktiviti kokurikulum, dan ini menyebabkan markah yang tidak sama bagi pelajar.

Kaedah Penilaian PAJSK

Penilaian kokurikulum dilakukan setiap tahuan setiap tahun sepanjang persekolahannya. Terdapat 3 komponen utama, iaitu:

  • Ujian SEGAK
  • Kokurikulum
  • Ekstra Kokurikulum

Ujian SEGAK

Ujian SEGAK adalah ujian piawaian mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Untuk mengetahui lebih banyak tentang komponen kecergasan yang diukur oleh SEGAK, sila rujuk kepada Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah and Menengah.

Ujian SEGAK mesti ditakdbir urus oleh guru Pendidikan Jasmini sebanyak 2 kali setahun.

Kokurikulum

Setiap murid wajib mengikuti tiga aktiviti kokurikulum seperti yang berikut:

  • Kelab/Persatuan
  • Pasukan Badan Beruniform
  • Sukan/Permainan

Markah kokurikulum ini sangat penting untuk pelajar yang inging melanjutkan pelajaran ke universiti kerana Jemaah Menteri telah menetapkan syarat 10% markah kokurikulum diambil dalam pertimbangan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam (UA).

Markah kokurikulum akan ditaksir dengan 3 aspek and 6 elemen seperti yang berikut:

Aspek 1: Penglibatan

  • terdapat 4 elemen dala aspek Penglibatan, iaitu Jawatan, Peringkat, Komitmen dan Khidmat Sumbangan.

Aspek 2: Kehadiran

  • Ini diambil sebagai aspek yang paling senang mendapat markah penuh
  • Setiap perjumpaan hendaklah sekurang-kurangnya 3 jam
  • Perjumpaan hendaklah tidak kurang daripad 12 kali setahun

Aspek 3: Pencapaian

  • Markah akan diberikan berdasarkan pencapaian murid dalam pertandingan pada peringkat berlainan
  • Peringkat yang diambilkira (dari rendah ke tinggi): Sekolah, Zon/Daerah, Bahagian (Sabah/Sarawak), Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa

Ekstra Kokurikulum

Ekstra kurikulum adalah aktiviti sukarela yang memberi manfaat di dalam atau di luar waktu sekolah, dengan tujuan membentuk peribadi yang baik. Markah yang diperoleh dari aktiviti ini akan digabungkan dengan purata markah tertinggi daripada dua daripada tiga aktiviti kokurikulum, iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform atau Sukan/Permainan. Hanya markah tertinggi yang akan diambil kira.

Adakah PAJSK penting?

Markah PAJSK terdiri daripada markah kokurikulum yang membentuk 10% daripada markah kecemerlangan bagi mereka yang memohon ke universiti kerajaan Malaysia atau MRSM (Maktab Rendah Sains MARA). Jika anda menghendaki kursus yang sangat kompetitif, seperti perubatan, kejuruteraan, dan sebagainya, ia akan sangat berguna untuk membezakan diri anda daripada yang lain.

Selain itu, walaupun di peringkat sekolah rendah, pencapaian Markah PAJSK akan berguna untuk memohon ke SBP (Sekolah Berasrama Penuh) kerana ia juga sangat kompetitif. Ini juga berlaku untuk sekolah SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) konvensional lain.

Bagaimana semak markah PAJSK?

Selepas guru memasukkan rekod PAJSK ke dalam sistem, pelajar boleh menyemak markah PAJSK mereka secara dalam talian di sini: https://pajsk.moe.gov.my/

Bagaimanakah saya tahu samada sesuatu pertandingan atau acara itu layak dapat markah PAJSK?

Sejak tahun 2022, KPM telah mengenakan peraturan bahawa sebarang pertandingan atau acara yang mengenakan yuran kepada peserta tidak akan layak untuk mendapatkan markah PAJSK.

Jika penganjur tetap mengatakan bahawa acara yang dikenakan bayaran akan memberikan markah PAJSK kepada anak anda, sebaiknya semak dahulu dengan KPM sebelum terlibat dalam acara tersebut.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *