|

Soalan Lazim Pendaftaran Kanak-kanak Tahun 1 Sesi 2024/25

Sebagai ibu bapa, mendaftarkan anak ke Tahun 1 merupakan langkah yang penting dalam menjamin masa depan mereka. Namun, proses pendaftaran kadang-kadang boleh menjadi sukar dan membingungkan.

Untuk membantu ibu bapa dalam proses pendaftaran tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/25, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah paparkan soalan lazim yang ditanya oleh ibu bapa and jawapannya.

Jika anda tidak pasti langkah-langkah pendaftaran, sila lihat artikel kami di sini:

Tarikh Pendaftaran Tahun 2024/25 dibuka and Cara Membuat Pendaftaran

Soalan 1: Bilakah tarikh permohonon pendaftaran tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/25 dibuka?

Jawapan: Tarikh permohonon pendaftaran Tahun 1 kalendar akademik 0224/25 dibuka dari 2 Mei hingga 30 Jun 2023. Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

Soalan 2: Bolehkah pendaftaran Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/25 dibuat di pautan https://public.moe.gov.my?

Jawapan: Tidak. Mulai tahun 2023, pendaftaran Tahun 1 adalah di Modul Pengurusan Awam. Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di pautan https://idme.moe.gov.my. Pendaftaran Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/25 adalah melalui pautan berkenaan.

Untuk mereka yang sudah berdaftar di https://public.moe.gov.my dulu

Soalan 3: Adakah ini bermakna pendaftaran kanak-kanak ke Tahun 1 bagi kalendar akademick sesi 2024/25 yang dibuat di https://public.moe.gov.my telah hilang dan perlu diisi semula di https://idme.moe.gov.my?

Jawapan: Tidak. Bagi kanak-kanak yang telah didaftarkan di https://public.moe.gov.my data mereka akan dipindahkan ke https://idme.moe.gov.my. Ibu bapa/penjaga hanya perlu mengemas kini maklumat anak mereka di pautan yang baharu mulai 2 Mei hingga 30 Jun 2023 dan klik butang kemas kini.

Soalan 4: Setelah saya membuat kemas kini perlukah saya hantar borang perakuan sekolah ke sekolah yang dimohon sekiranya saya sudah berbuat demikian sebelum ini?

Jawapan: Sekiranya ibu bapa/penjaga telah menghantar borang perakuan sekolah di sekolah yang dimohon sebelum ini, mereka tidak perlu lagi membuat penghantaran yang baharu.

Soalan 5: Sekiranya saya membuat kemas kini dan memilih sekolah yang baharu, perlukah saya hantar borang perakuan sekolah di sekolah yang baharu?

Jawapan: Ya, borang perakuan sekolah perlu dihantar ke sekolah yang baharu.

Soalan 6: Di manakah saya perlu menyemak keputusan permohonan penempatan Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/25?

Jawapan: Keputusan permohonan penempatan Tahuan 1 boleh disemak di pautan https://idme.moe.gov.my pada 1 hingga 30 Oktober 2023. Pemakluman keputusan permohonan penempatan akan dipaparkan di laman utama idme untuk makluman ibu bapa/penjaga.

Soalan 7: Adakah meja bantuan disediakan jika terdapat pertanyaan berkaitan permohonan Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/25?

Jawapan: Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/25, ibu bapa/penjaga dimohon untuk berhubung terus dengan pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran.

Kami di Zekolah berharap bahawa maklumat yang diberikan di atas dapat membantu ibu bapa yang sedang mencari informasi mengenai pendaftaran Tahun 1 untuk kalendar akademik sesi 2024/25. Jangan lupa bahawa pendaftaran hanya dibuka dari 2 Mei hingga 30 Jun 2023. Oleh itu, kami menggalakkan ibu bapa untuk terus mengikuti pengumuman terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mendapatkan maklumat terbaru mengenai pendaftaran Tahun 1.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *