Pendaftaran Pelajar Tahun 1 2024/25 Bermula 2hb May 2023
Jika anak anda akan memasuki Tahun 1 di sekolah rendah, anda masih berpeluang untuk mendaftarkan mereka. Namun sebelum itu, sila ambil perhatian bahawa terdapat beberapa perubahan pada tahun ini, jadi penting untuk memberi perhatian dan mengikuti langkah yang disediakan di sini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru saja mengumumkan bahawa pendaftaran bagi Tahun 1 sekolah rendah akan dibuka dari 2 Mei hingga 30 Jun. Yang paling best ialah, anda boleh mendaftarkan anak anda secara online! Namun, sila ambil perhatian bahawa hanya kanak-kanak warganegara Malaysia yang dilahirkan antara 2 Januari 2017 dan 1 Januari 2018 sahaja yang layak memohon.
Ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka secara online di https://idme.moe.gov.my, tetapi anda perlu melengkapkan pendaftaran sebelum 30 Jun 2023.
Jikalau ada soalan berkenaan dengan pendaftaran murid-murid Tahun 1 sesi akademik 2024/25, sila rujuk artikel ini:
Perlu diingat bahawa di bawah undang-undang Malaysia, adalah wajib bagi ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah rendah untuk pendidikan. Kegagalan mematuhi keperluan ini boleh mengakibatkan denda sebanyak RM5,000, hukuman penjara sehingga 6 bulan, atau kedua-duanya.
Langkah-langkah Pendaftaran Kanak-kanak Tahun 1 sesi 2024/25
- Pendaftaran pertama kali melalui IdMe oleh ibu bapa/Penjaga kepada anak jagaan
- Ibu bapa/Penjaga klik pautan https://idme.moe.gov.my
- Pilih modul pengurusan awam
- Isi/kemaskini ‘Pengurusan Profil’ yang terdiri daripada maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan
- Klik ‘Tambah anak/jagaan’ dan kemaskini (jika belum wujud)
- Setelah selesai di modul ‘Pengurusan Profil’, pilih ‘Permohonan Kemasukan’
- Klik ‘Permohonan Kemasukanke Tahun 1 KPM Tahun 2024’
Anda boleh menyemak keputusan permohonan anak anda dan mengetahui sekolah mana yang mereka akan hadiri di laman web yang sama (https://idme.moe.gov.my/). Keputusan akan tersedia bermula dari 1 Oktober 2023.